Tambak Johor : Ada Terowong Rahsia Di Bawahnya?
Monday, March 05, 2007
ooohhh i just can't resist this entry, taken from here
conspiracy theory, apa lagi? :p
Di Bawah Tambak Johor Ada Terowong Rahsia?
Di bawah Tambak Johor ada satu terowong rahsia. Begitulah kata seorang penulis yang menggunakan nama pena Ketua Perusuh.
Kenyataan di atas terkandung dalam satu artikel yang berjodol Kenapa Johor? Artikel itu disiarkan oleh lamanweb marh@ein dan lamanweb ketua perusuh.
Kenyataan di atas sungguh menggemparkan. Adakah ianya benar? Adakah ianya sekadar satu imajinasi? Siapakah yang boleh mengesahkannya?
Apa pun, kenyataan di atas mengingatkan saya kepada kata-kata seorang sahabat saya di Johor Bahru yang saya muatkan dalam buku saya, Mahathir Menyinga, seperti berikut:
Malaysia kena siasat. Malaysia kena siasat betul-betul. Malaysia kena siasat betul-betul, apa pasal Singapura mati-mati enggan pecahkan Tambak Johor. Malaysia kena siasat betul-betul, kenapa Singapura enggan Tambak Johor digantikan dengan sebuah jambatan baru.
Apa ada di bawah tambak itu? Jangan-jangan di bawahnya ada terowong sulit. Entah - entah terowong sulit itu sudah tembus sampai ke Bandaraya Johor Bahru.
Kenyataan sahabat saya seperti di atas adalah hipotetikal. Hanya suatu andaian. Tetapi, Ketua Perusuh seolah-olah mengesahkan adaian berkenaan seperti berikut:
Umum mengetahui Tambak Johor hanyalah sebuah tambak penghubung. Namun sebenarnya pihak British ada menyediakan satu laluan khas di bawah tambak tersebut untuk memudahkan mereka melarikan diri jika berlakunya ancaman perang di Semenanjung Tanah Melayu.
Laluan in sudah lama, malah majoriti rakyat Malaysia tidak pernah tahu akan kewujudannya. Hanya pihak Singapura sahaja yang mengetahui akan lokasi sebenar serta pelan lakaran bagi laluan tersebut.
Mungkinkah Tun Dr. Mahathir Mohamad mengetahui kewujudan terowong rahsia ini? Mungkinkah hakikat ini yang jadi salah satu sebab strategik mengapa Tambak Johor mesti dipecah dan digantikan dengan sebuah jambatan?
Wisma Putera wajar menghubungi Singapura untuk mempastikan kewujudan terowong rahsia itu. Ini penting kerana kewujudan terowong inilah yang mungkin mendorong Singapura berdolak-dalik mengenai pembinaan sebuah jambatan untuk menggantikan Tambak Johor.
Pihak perisikan Malaysia pula wajar menyiasat kenyataan Ketua Perusuh seperti di atas. Kalau benar, hakikat kewujudan terowong rahsia ini perlulah didedahkan dengan segera. – Ruhanie Ahmad.

-#-
Labels: in malay
posted by dee3 @ 10:40,