Suara katak + saman dek polis
Friday, June 09, 2006
Hari Rabu bangun pagi dengan tekak yang amat perit.
Suara pun menjadi suara katak. Kejap ada, kejap takde.
Ingatkan dehydration + tidur ternganga = tekak (kering + perit)
So pegi la supermarket and beli buah2an dengan banyak sekali, dengan harapan bahawa gorging on fruits will provide nourishment in Vitamin C dan seterusnya membuat tekak semakin baik. Di samping itu, turut membeli 'kawan nelayan-nelayan' yang kononnya 'sugar-free'. Tak caya langsung la bab2 sugar free nih...
Towards the end of the day, suara tetap seperti katak walaupun keperitan itu sekejap ada, sekejap takde...
Suara pun menjadi suara katak. Kejap ada, kejap takde.
Ingatkan dehydration + tidur ternganga = tekak (kering + perit)
So pegi la supermarket and beli buah2an dengan banyak sekali, dengan harapan bahawa gorging on fruits will provide nourishment in Vitamin C dan seterusnya membuat tekak semakin baik. Di samping itu, turut membeli 'kawan nelayan-nelayan' yang kononnya 'sugar-free'. Tak caya langsung la bab2 sugar free nih...
Towards the end of the day, suara tetap seperti katak walaupun keperitan itu sekejap ada, sekejap takde...
Anyways, pagi Khamis bangun tidur, tekak semakin perit, hidung tersumbat menyebabkan ada sedikit kesusahan bernafas melalui hidung. Cek suara. Ehm. Katak lagi yang keluar. Batuk2 masa sampai di tempat kerja… Ha! Sah le memang flu! Masalahnya... Flu yang terbantut!
So day end at work, kasitau la kat boss nak go on sick leave. Had to bring back work home (kalo tak, gerenti kena tanya kerja leh siap ke idak by next week. Haram jadahnya le nak siap kalo tak bawak balik). So bergumbira la sikit sebab Friday tak yah kerja. Saturday tu kena tengok le cemana (YES we work full days from Mondays to Saturdays, all year long with exception only to public holidays). Sikit je bergumbira nya pon...
Jarak perjalanan di antara rumah dan tempat kerja, adalah kira-kira 3-5 km, with one junction. Maka disebabkan jarak yang dekat dan lebih 1 ½ tahun di sini, memang takde la sekatan polis ke jpj ke on the way to work place tu. Makanya… tali pinggang keselamatan memang jarang-jarang pakai la. (Pergh! Ayat BM sungguh!) Pengakuan nih! Then… jeng jeng jeng… tak perasan kira-kira 300 m dari junction tu.. POLIS la!
ALAMAK! Cepat-cepat tarik seat belt, polis nampak la pulak. Chet! Kena tahan la pulak. Polis tu pakai badge 'Saya Anti-Rasuah'. Kasi driving license. Polis tu boleh cakap gambo tak clear, so mintak IC pulak. So kasi la. Sambil menerangkan bahawa tempat kerja dan rumah tak jauh, pastu demam nak pegi klinik… mintak maaf la tak pakai seat belt. Pastu dia bising2 then mumbles, and pegi kat belakang kereta. Ada la ½ minit, while conferring with the other policeman. Sambil tu, belek-belek buku saman… ALAMAK (lagi)… takkan kena saman kot!
So dengan suara katak.. menjerit (tapi suara tak kuar) kat polis tu:
Me: Nak kena saman ke?
Polis: Ha ah. Saman le.
Me: Alamak! Jangan la saman! (sambil tangan macam ada la mengilai-ngilai skit, pastu tepuk dahi skit, sambil mumbles chet! Kena saman la pulak. Apa daaaaa)
So what else can i do. The policeman strutted over, handed my driving license and IC back to me, pastu marah2. I was like… huh? Tapi moral of the story: tak le kena saman (syukur.. nasib baik).. Si pak polis yang kasi balik lesen tuh marah2 lagi, and walked off, while the other policeman whom he was conferring with earlier came over. Tanya-tanya la.. (Dialog di bawah ini telah ditranslatekan daripada Bahasa Melayu Sarawak ke Bahasa Melayu)
Polis2: Opis kat mana?
Me: Tak jauh la kat sana je (sambil tunjuk ke kanan). Rumah pulak: tu, kat depan tu jek (sambil tunjuk depan)
Polis2: Kalau nak beli rumah, kena pegi opis mana?
Me: Kena pegi opis kat bandar tu ha
Polis2: Oooh, yang dekat waterfront tu ye?
Me: Ha ah
Polis2: Jadi kalo beli rumah, loan semua orang kat opis tu leh settlekan?
Me: Ha ah. Depa buat semua, kalo nak withdraw EPF ke ape, depa buatkan la yang patut. Sales department yang handle
Polis2: Orang mana?
Me: Orang Kuching
Polis2: Lama dah kat sini?
Me: Nak masuk 2 tahun dah
Polis2: Saya pon nak masuk 2 tahun dok kat sini. Kamu kat Kuching dok mana?
Me: Dulu kat Batu Lintang, sekarang kat BDC. Kat Kuching kat ne pulak?
Polis2: Kat Kampung Gita
Me: Oooohh.. Skarang tanah kat situ dah mahal dah
Polis2: So dok Miri ni, sewa rumah ke?
Me: Tak, dok rumah kompeni
Polis2: Berapa ramai?
Me: Dok sorang
Polis2: Dok sorang? Tak takut hantu ke?
Me: Tawakkal je
Polis2: Dok sorang? (soalan sama lagi)
Me: Ha ah. Dok sorang
Polis2: So makan masak sendiri ke?
Me: Ha ah. Tapi kalo penat, pegi tapau food la
Polis2: Kamu ni mesti hari2 tak pakai seat belt nih
Me: (Menyengeh, and in a small katak voice) ha ah
Polis2: Ni kena belanja makan nih
Me: Oh ok! Takde masalah. Emart kan dekat (Tunjuk kea rah north-east)
Polis2: Ha, bak mai nombor fon
Me: (Kasik la nombor fon, sambil terpikir, nak menipu ke? Ehm, tak payah la menipu. Kasik je la yang betol) 01x1234567 (and kasi nama). Nama sapa?
Polis2: (Adjust name tag yang terlindung oleh belt kat dada dia, and tunjuk2 skit)... Saya pon dok sorang kat Miri ni. Dok kat flat polis in town
Me: (HUH?)
Polis2: (Belek-belek kertas dia)
Me: (Mati kutu nak save diri sendiri) So bila pencen?
Polis2: (Walking away sikit) 2010.
Me: Oh patutlah tak bawak family sama ke Miri. 4 tahun jek
Polis2: (Senyap)
Me: (Think dee, THINK! Exit now la!) so makasih la... (senyum skit, drove off)
Haa… begitu la cerita nya. Kalo Polis2 betol-betol call, I keluar lah belanja dia makan. Apa sangat la pon.... kalo compare kena saman.
Yang penting: budi bicara? Kihkihkih.
Yang paling tak best bila time cuti nih: tetap bangun awal macam nak pegi kerja. Biological clock. Ehm. But that gave me time to update the blog, I guess.
-#-
Labels: ramblings
posted by dee3 @ 11:04,